~taZkeERah addEen~

Author: syuk o'hara /

+5 cara dalam memilih sahabat.+
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabatNASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia sukamencukupi keperluan

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatudaripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agarsegala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah denganberzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."



+kEsemPurNaan soLat+
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.”
(Hadis Riwayat an-Nasa’i, 2/93)

Dalam hal saff ini juga Nabi saw telah menjelaskan bahawa saff yang dihadapan adalah utama untuk lelaki.Manakala wanita yang lebih utama adalah dibelakang.
Dalilnya:Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 440)
Banyak dalil yang menyatakan tentang keutamaan meluruskan saff:

“Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433)

“Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 723)

Menurut lbnu Hazm, dalil-dalil yang menyatakan tentang keutamaan meluruskan saff ini adalah dalil wajibnya meluruskankan saff sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka menyempurnakan/meluruskan saff merupakan kewajiban.Para sahabat Nabi amat menekankan hal menyempurnakan saff ini. Diriwayatkan bahawa Umar dan Bilal pernah memukul mereka yang tidak meluruskan saff.Dalam Fathul Bari,terdapat riwayat yang direkodkan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami(para sahabat) dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. (Rujuk Fathul Bari, 2/447).

Amaran Nabi kepada mereka yang tidak mengambil berat tentang saff:

“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)

Cara menyempurnakan saff yang betul mengikut dalil dari Hadith:

1- Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki.
Dalil:“Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2- Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat. Dalil:“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

3- Menutup ruangan di antara saff-saff.Dalil:“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667.Dinilai sahih dalam Sahih Abu Daud)

4- Memposisikan badan dalam keadaan yang baik dan tenang.Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah sempurna), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)




Ehm nie nk kONGsi sket tenTANg haDIs..

+saHabat seJati+
Seorang sAHAbat berTanya kpd Rasullah:

"Ya Rasulallah, siapakah yg menjadi sahabat yang paling baik..?

"Rasullah menjawab:

"sEseorang yang apabila kamu memandang nye kamu teringat akan ALLah,apabila mendengar percakapannya pengetahuan kamu tentang islam bertambah, dan apabila melihat kelakuannya kamu teringat akan kehidupan akhirat!"Ana nk mintk maAf x dpt kemukakan sanad haDis! Ape2 pn inilah yg ingin ana kongsikan bersama..!Moga2 kita dpt mencari sahabat yang baik dan memandu kita kearah akhirat yg terjamin!Kita juga kenalah jadi sahabat yang akan mengiNgatkan kawan kita tentang AKHIRAT!yang baik itu dari ALLAH dan yang BURUK itu atas kelemahan,keDAIFan,keNAIFan,kekejian ana sbgai makhluk ALLAH yang kerdil...

0 comments:

Post a Comment