Ya Ilahi,
kasihanilah hambaMu yang lemah ini,
Engkau maha tahu atas apa yang menimpa diriku..
aku tak ingin kehilangan cintaMu,
namun Engkau juga tahu..
hatiku tidak mampu mengusir pesona keindahan
seorang makhluk yang Kau ciptakan,
saat ini,hamba sangat lemah berhadapan dengan tarikan dunia..
Ya Ilahi,
berikan padaku cawan kesejukan,
untukku meletakkan embun-embun cinta..
yang menitis dalam dinding hatiku ini,
Ya Ilahi..
tuntunilah langkahku,
pada garis takdir yang paling Engkau redhai..
aku serahkan hidup matiku
untukMu...

Aku ada pasangan hidup sendiri..

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak..Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"..

Berderai air mata jika kita mendengarnya.​..

Tapi kalau Mak sudah tiada......MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya..??
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...??
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..??
Berapa ramai yang sanggup ..... membersihkan najis ibunya..??
Berapa ramai yang sanggup ..... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya..??
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..??

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya..???

renung-renung dan fikir-fikirkan lah..



kelmarin aku rebah di ribaan mu
bersama-sama hati yang gulana terluka
dan sisa-sisa kekuatan yang ada
terima kasih sahabat kerana memberi penghormataan itu
untuk aku menumpang kegagahan mu
mencuri semangat di ribaanmu

semalam aku terjatuh lagi di sisimu
dengan duka lara jiwa yang semakin resah
dengan doa dan harapan yang kian sirna
terima kasih sahabat
kerana menarik pulang akal warasku
saat aku mula merungut rintih,
mencongak kira betapa tidak adilnya takdirku dan dunia

hari ini aku masih belum pulih
dan aku masih mencari sisimu sahabat
menadah kasih, mengadu sendu menitip pilu
terima kasih sahabat
kerana beban yang kutimbun buat mu ini
masih kau tadah kumpul dalam hatimu
gigih ihsanmu mencuba buat aku tersenyum

terima kasih sahabat
buat perhatian dan ambil beratmu berhari-hari ini
buat setiap saat waktu yang terbazir
untuk mendengar keluh kesahku
buat setiap tutur kata dan pujukan
untuk buat hati kerasku menerima takdir Ilahi

terima kasih aku buat Tuhan
kerana meminjamkan aku seorang sabahat seperti kamu
doaku Tuhan,,
janganlah Kau bebani sahabatku ini
dengan musibah yang Kau uji untukku
sesungguhnya aku tak yakin kemampuanku
untuk menjadi sahabat seteguh dia
kala dia ditempatku
dan Kau pelihara dan lindungilah sahabatku ini Tuhan
dengan kasih sayang dan rezekimu

~amin~

buatmu sahabat-sahabatku...
aku sayang kamu!!

..bila engkau letih & hilang semangat,
Allah tahu engkau telah cuba sedaya-upaya..
bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira titis air matamu..
bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu..
bila engkau kebuntuan akal,
maka Allah adalah petunjuk jalan..
apabila engkau telah berazam,
maka, bertawakallah kepada Allah..


..kegembiraan ibarat semburan pewangi,

pabila kita memakainya,

semua akan dapat merasa keharumannya..

Oleh itu,

berikanlah walau secebis kegembiraan

yang kamu miliki itu kepada teman mu

agar dia dapat merasasi

wangian bersahabat denganmu..


"..teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa.."
[Az-Zukhruf:67]