iBuUUuuuUUU

Author: syuk o'hara /

ibu
bergenang air mataku
terbayang wajahmu yang redup sayu
kudusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tak bertepian
biarpun kepahitan telah engkau rasakan
tidak pun kau merasa jemu
penatmu mendidik kami semua anakmu
dari kecil hingga dewasa
hidupmu kau korbankan
biarpun dirimu yang telah terkorban
tak dapat ku balasi
akan semua ini
semoga Tuhan memberkati
kehidupanmu ibu..
ibu
kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
restumu yang amat aku harapkan
kerana di situ letak syurgaku
tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajarku erti kesabaran
kau bagaikan pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan..

0 comments:

Post a Comment