..kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan buat kita

ingati sepanjang zaman,

ingatilah diri ini selagi dirimu mampu..

jika pula masa mendatang memisahkan keakraban kita

yang telah pun bertahun terbina,

ukirkan lah secebis"TENTANG DIRI INI"

di hatimu agar nanti tika bersua

kamu mengingati siapa diri ku ini..

"..aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku..

Sahabat yang baik adalah seiring denganku

&

menjaga nama baikku ketika aku hidup

atau selepas mati..

Ku hulurkan tangan kepada sahabatku

untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang..

Semakin ramai sahabat semakin aku percayai diri..

Semoga ku kan bertemu sahabat yang sejati.."

Puisi Buat MAMA^^

Mama kekasih hatiku
Dalam matamu
Sejalur cinta menyala
Menerangi gelita atma maya hatiku
Menyuluh lorong kehidupan
Mempermudah langkah menggapai kejayaan .


Mama kekasih hatiku
Di taman sukmamu
Mengalir sungai kasih sayang
Meriakkan kebahagiaan
Menghanyutkan derita silam
Tak gentar diri menempuh rimba godaan.


Mama kekasih hatiku
Di wajah lembut manismu
Terpancar ketakwaan
Mengajar diri ini erti pasrah
Tabah menganyam usaha memintal tekad
Berputik keyakinan mengharungi lautan cabaran.


Mama kekasih hatiku
Engkau bak sekuntum mawar mekar mengharum
Kusunting satu dalam seribu
Kupilih bertakhta di taman kalbu
Kekal abadi di hati anakmu.


Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia,
di tengah keramaian dia rasa keseorangan..
Saat org tertawa dia menangis..
jasadnya kpd Allah, batinnya kpd Allah..
"ketenangan dan kebahadiaan adalah hembusan dari langit,
diturunkan dalam lubuk hati org beriman,
meraka akan tetap berhati teguh,
di kalainsan lain mengalami kegoncangan"..

wahai sahabatku,,
"Hati ini merinduimu kerana Allah..
Menyayangimu kerana Allah,
setiap ukhuwwah yang terjalin kerana Allah,
terasa indahnya pertemuan ini kerana segalanya kerana Allah,
mohon maghfirahmu dan barakahmu..
Ya Allah bawalah hati kamu menyelusuri jalan mencari cintamu..
Jangan pisahkan hati-hati ini dikala rindu dan sayang
kami belum cukup bagi melamar
redha dan cintaMu.."
~salamesrabadiselamanya~