+malaikat dan syaitan+

Author: syuk o'hara /

> > > Manusia - Eh, dah subuh dah?
> > > Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
> > > Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie? zzzzzzzzz

> > > Manusia - Nak makan, laparlah ?
> > > Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
> > > Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa?

> > > Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
> > > Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

> > > Manusia - Alamak, dah lewat!
> > > Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
> > > Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh?Biar je lah...

> > > Manusia - Eh,dah azan la!
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan solatmu
> > > Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nie!

> > > Manusia - Eh.... tak boleh tengok ini, berdosa?..
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
> > > Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

> > > Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
> > > Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

> > > Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
> > > Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

> > > Manusia - aku telah berdosa..
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .> > > Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... kalau tak enjoy!

> > > Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
> > > Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

> > > Manusia - Uuhhh?letihnya harini..tak solat lagi nieee?.
> > > Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasulnya,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
> > > Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu...(:

> > > Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

> > > 1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
> > > 2.Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
> > > 3.Syaitan - Tak payahlah sibuk2

+adoyaiiiiiiii+

Author: syuk o'hara /

Kawan, sahabat, teman adalah tiga perkataan yang mempunyai maksud yang berbeza-beza. Kebiasaannya orang akan berkata bahawa kawan itu sama dengan teman, manakala teman sama seperti sahabat. Tanggapan itu silap sama sekali. Setiap kawan, sahabat dan teman adalah orang yang berbeza. Tapi, walau apapun hargailah setiap insan yang kita anggap sebagai kawan, sahabat, teman atau apa jua panggilan yang seumpama dengannya kerana mereka adalah insan yang pernah hadir dalam hidup kita walaupun seketika lagi..

iBuUUuuuUUU

Author: syuk o'hara /

ibu
bergenang air mataku
terbayang wajahmu yang redup sayu
kudusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tak bertepian
biarpun kepahitan telah engkau rasakan
tidak pun kau merasa jemu
penatmu mendidik kami semua anakmu
dari kecil hingga dewasa
hidupmu kau korbankan
biarpun dirimu yang telah terkorban
tak dapat ku balasi
akan semua ini
semoga Tuhan memberkati
kehidupanmu ibu..
ibu
kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
restumu yang amat aku harapkan
kerana di situ letak syurgaku
tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajarku erti kesabaran
kau bagaikan pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan..

+hadith hAri iNi+

Author: syuk o'hara /

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad' itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 'Lamyalid walam yuulad' tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, 'Walam yakullahu kufuwan ahadu' tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s."

Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



p/s : segala-galanya,hanya Yang diAtas sana Yang Maha Mengetahui..

+sayuNk koRunk+

Author: syuk o'hara /

gadis ayu 4jm..adoiiii
hadiah hari jadi..?? adoiiii,,huhu
hoho,,pssing baek punyerrr,ngeh~
jejaka macho 4jm..??hehe,,
control cute..adusssss,,
uik! rebut hadiah kew..?? hihi
bersalam-salam,,bermaaf-maafan,,ngeh~
perghhhhh,,pilih loh yg mner berkenan..adoiiiiii
terhangat di pasaran,,huhu
yeyeiiii,,dapat hadiah,,ngehehehe
ngan 'kb' yg mantap,jitu,unggul..huhu
lelong2,,selonggok rm2..adoiiii
aduhh maen suap2 lak,,huhu,,mnje sgguh
wahaha,,

+jikalau ini benar...+

Author: syuk o'hara /

>mengikut hadith,umat Rasulullah S.A.W akan hidup selama 1500 tahun..sekarang sudah 1439=1426+13 tahun hijrah..daripada ini,kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..jikalau ini benar,bumi akan kiamat pada tahun 2066..
>saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke arah bumi..ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.. amerika akan cuba menukarkan orbitnya dengan menembaknya menggunakan sebuah roket..saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga dijangka akan menghentam bumi..ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..dan planet ini juga mempunyai saiz yang lebih besar daripada bumi..jikalu ini benar,dunia akan musnah pada tahun 2065..
>kuasa israel mencapai puncaknya pada tahun 2007 dan kuasanya akan jatuh semula dalam masa 14 tahun iaitu pada tahun 2022 disebabkan penurunan Nabi Isa a.s..terdapat hadith yang mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun..dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..jikalau ini benar,dunia akan kiamat pada tahun 2062
..dianggarkan bumi akan kiamat pada tahun antara 2062-2066..
"kiamat pasti akan tiba..hanya orang - orang yang leka dengan dunia sahaja yang rugi..berhibur tidak salah tetapi jangan lupa apa - apa yang disuruh oleh Allah untuk kita lakukakan.."
..wallahua'lam..

+laught out loud+

Author: syuk o'hara /

father : why did you failed your mathematics rest?
son : on monday,teacher said 3+5=8
father : so..??
son : on tuesday she said 4+4=8.. and on wednesday, she said 6+2=8..
if she can't make up her mind, how do i know the right answer..??!!
father : ...

a mother and a son were doing dishes while the father ang daughter were watching TV in the living room.. suddenly,there was a loud crash of breaking plates,then complete silence..
the daughter turned to look at her father..
daughter : it's mummy..!!
father : how do you know..??
daughter : she didn't say anything..
father : hm.....

girl : do you love me..??
boy : yes,dear...
girl : would you die for me..??
boy : no,mine is undying love..
girl : @#$%^&*

man : how old is your father..??
boy : as old as me..
man : how can that be..??
boy : he become a father only when i was born..
man : er...er...er...

+aiR mata hAwa+

Author: syuk o'hara /

suatu ketika,seorang anak bertanya kepada ibunya,

"ibu,mengapa ibu menangis?"

ibunya menjawab,

"sebab ibu ialah perempuan nak.."

"saya tak mengerti ibu," kata si anak....

ibunya hanya tersenyum dan memeluk erat anaknya

"nak kau memang tidak akan mengerti.."


kemudian si anak bertanya kepada ayahnya,

"ayah,mengapa ibu menangis?"

"ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.." si ayah menjawab..

"semua perempuan sering menangis tanpa alasan.."


si anak membesar menjadi remaja dan dia tetap terus tertanya-tanya,mengapa perempuan menangis..??
hingga pada suatu malam ,ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,

"Ya Allah,mengapa perempuan mudah menangis?.."

dalam mimpinya, ia berasa seolah-olah mendengar jawapan itu:

"saat Ku ciptakan wanita,Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Ku ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun bahu itu juga harus cuku nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur..

Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya,walaupun kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar ..

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah saat semua orang sudah berputus asa..

Kuberikan kesabaran jiwa utuk 'merawat' dirinya walaupun dia sendiri letih, sakit,penat tanpa rasa keluh kesah..

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam keadaan dan situasi apapun..
walaupun acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya..

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang mengantuk menahan lelap..

Sentuhan inilah yang akan memberikan memberikan kenyamanan saat didakap lembut olehnya..

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya..

Sebab bukannya tulang yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak..

Kuberikan kepadanya kebijaksaaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik ialah yang tidak pernah melukai isterinya..

Walaupun seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar,saling melengkapi, dan saling menyayangi..

Dan akhirnya,,

Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.

itulah yang khusus kepada wanita,agar dapat ia gunakan pada bila-bila masa pun ia perlukan...

+sEwaktu jadik UruSetia tamriN,,huhu+

Author: syuk o'hara /

+janGan hampiRi+

Author: syuk o'hara /

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,

”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” ,

“Kami keluar makan je”

dan

“Kami main SMS je.”

Dan pelbagai 1001 alasan lagi.

Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi..

Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan )..

Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!

Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan.

Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.Bagi yg dah terlibat atau cuba nk berjinak-jinak tu sedar-sedarlah buang mase jee...

+believe iT oR not+

Author: syuk o'hara /

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang sahabat ..

Oleh itu sebagai org islam sudah menjadi tanggungjawab untuk disebarkn kpd semua..

Begini ceritanya....

ada seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia.. dia mempunyai seorang kawan Cina yang sama-sama mengajar macam dia.

Kawan Cinanya itu memberitahunya bahawa dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi berbangsa Cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnya seperti berjahit tapi tiadalah kesan jahit.

Cuma mulutnya sahaja tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnya berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut ...

Nak tahu apa dia????????

Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannya bertulis dalam tulisan Cina..Anda nak tahu tak apa kandungannya??? Di dalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan Cina yang berbunyi...

"Ingatlah wahai manusia , sesungguhnya Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjatlah doktor Cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnya tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbuktibahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentangketibaan hari kiamat..

Sesungguhnya Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnya Allah sebenarnya masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dululagi.

Contonhya lelaki kahwin sama lelaki begitulah sebaliknya. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci islam dan menentangnya.

Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita.

Jadi secara amnya...sebenarnya hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahubila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...

Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintahtak mahu berlakunya ke kecohan di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalahmerupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia...

untuk menanti ketibaan hari kiamat..

~taZkeERah addEen~

Author: syuk o'hara /

+5 cara dalam memilih sahabat.+
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabatNASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia sukamencukupi keperluan

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatudaripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agarsegala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah denganberzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."



+kEsemPurNaan soLat+
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.”
(Hadis Riwayat an-Nasa’i, 2/93)

Dalam hal saff ini juga Nabi saw telah menjelaskan bahawa saff yang dihadapan adalah utama untuk lelaki.Manakala wanita yang lebih utama adalah dibelakang.
Dalilnya:Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 440)
Banyak dalil yang menyatakan tentang keutamaan meluruskan saff:

“Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433)

“Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 723)

Menurut lbnu Hazm, dalil-dalil yang menyatakan tentang keutamaan meluruskan saff ini adalah dalil wajibnya meluruskankan saff sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka menyempurnakan/meluruskan saff merupakan kewajiban.Para sahabat Nabi amat menekankan hal menyempurnakan saff ini. Diriwayatkan bahawa Umar dan Bilal pernah memukul mereka yang tidak meluruskan saff.Dalam Fathul Bari,terdapat riwayat yang direkodkan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami(para sahabat) dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. (Rujuk Fathul Bari, 2/447).

Amaran Nabi kepada mereka yang tidak mengambil berat tentang saff:

“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)

Cara menyempurnakan saff yang betul mengikut dalil dari Hadith:

1- Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki.
Dalil:“Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2- Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat. Dalil:“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

3- Menutup ruangan di antara saff-saff.Dalil:“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667.Dinilai sahih dalam Sahih Abu Daud)

4- Memposisikan badan dalam keadaan yang baik dan tenang.Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah sempurna), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)




Ehm nie nk kONGsi sket tenTANg haDIs..

+saHabat seJati+
Seorang sAHAbat berTanya kpd Rasullah:

"Ya Rasulallah, siapakah yg menjadi sahabat yang paling baik..?

"Rasullah menjawab:

"sEseorang yang apabila kamu memandang nye kamu teringat akan ALLah,apabila mendengar percakapannya pengetahuan kamu tentang islam bertambah, dan apabila melihat kelakuannya kamu teringat akan kehidupan akhirat!"Ana nk mintk maAf x dpt kemukakan sanad haDis! Ape2 pn inilah yg ingin ana kongsikan bersama..!Moga2 kita dpt mencari sahabat yang baik dan memandu kita kearah akhirat yg terjamin!Kita juga kenalah jadi sahabat yang akan mengiNgatkan kawan kita tentang AKHIRAT!yang baik itu dari ALLAH dan yang BURUK itu atas kelemahan,keDAIFan,keNAIFan,kekejian ana sbgai makhluk ALLAH yang kerdil...

..bAhagia itU aDa paDa hati..

Author: syuk o'hara /


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terpendam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran..

~ kaMi bErsAtu aTas satu iKataN yG kuKuh,, tiAda sesiApa yg dApaT mEmiSahkaN kaMi,, KECUALI kuaSa aLLah yG maHa eSa..~

Author: syuk o'hara /

..selama ini kumencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci..

...aWk ney seyes ke @ nk mAen2 jeK...???..

Author: syuk o'hara /

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan
meninggalkan jemaah...

Macammana???
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas???selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman..."

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya..." kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh..tapi generasi skrang..amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung....ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.."

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau e-mail yang berunsur lawak jenaka ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kanKenapa gelak?? tu kan realiti..tapi yg paling lawak sekali...berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? berapa banyak????..JADI BERINGATLAH DI MANA KITA..RASULULLAH S.A.W BERSABDA...'KAMU AKAN MENGIKUTI JEJAK LANGKAH UMAT SEBELUM KAMU SELANGKAH DEMI SELANGKAH DAN SEHASTA DEMI SEHASTA DAN JIKALAU MEREKA MASUK KE DALAM LUBANG BIAWAK SKALIPUN KAMU AKAN MENGIKUTI MEREKA..lalu seorang sahabat bertanya..adakah kaum yg dimaksudkn itu adalah kaum yahudi dan nasrani??..lalu Rasulullah s.a.w mnjawab..SIAPA LAGI KALAU BUKAN MEREKA......kalau anda dh bace blletin nih..saya nak tnye anda..adakah anda ni seyes dgn islam?..adakah anda seyes menyembah tuhan yang esa?..adakah anda seyes mengaku Muhammad s.a.w itu sebagai pesuruh allah?...saya x maen2 nih..AWAK NI SEYES KE ATAU NK MAEN2 JE???!!!!!!...ingatlah islam bkn sekadar agama ..tp islam itu adalah sbhgian dr hidup kita....wallahualam..