Aku ada pasangan hidup sendiri..
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak..Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"..
Berderai air mata jika kita mendengarnya...
Tapi kalau Mak sudah tiada......MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya..??
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...??
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..??
Berapa ramai yang sanggup ..... membersihkan najis ibunya..??
Berapa ramai yang sanggup ..... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya..??
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..??
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya..???
renung-renung dan fikir-fikirkan lah..
semalam aku terjatuh lagi di sisimu
hari ini aku masih belum pulih
terima kasih sahabat
terima kasih aku buat Tuhan
~amin~
buatmu sahabat-sahabatku...
jika pula masa mendatang memisahkan keakraban kita
Puisi Buat MAMA^^
Mama kekasih hatiku
Dalam matamu
Sejalur cinta menyala
Menerangi gelita atma maya hatiku
Menyuluh lorong kehidupan
Mempermudah langkah menggapai kejayaan .
Mama kekasih hatiku
Di taman sukmamu
Mengalir sungai kasih sayang
Meriakkan kebahagiaan
Menghanyutkan derita silam
Tak gentar diri menempuh rimba godaan.
Mama kekasih hatiku
Di wajah lembut manismu
Terpancar ketakwaan
Mengajar diri ini erti pasrah
Tabah menganyam usaha memintal tekad
Berputik keyakinan mengharungi lautan cabaran.
Mama kekasih hatiku
Engkau bak sekuntum mawar mekar mengharum
Kusunting satu dalam seribu
Kupilih bertakhta di taman kalbu
Kekal abadi di hati anakmu.
~piNtaKu~
Author: syuk o'hara /~ku mEriNtiH~
Author: syuk o'hara /~camping PPSS~
Author: syuk o'hara /malam ber bbq,,hoho
b4 jungle trekking
sempat lg bergambo nu..adoyaiiii
malam terakhir kami bersama,,huaaaaaaaaa
+aduhaiiiiiiii+
Author: syuk o'hara /" Para penumpang.. Encik2 dan Puan2 keparat sekalian.. dipersilakan naik ke pesawat dan duduk di kerusi masing2.."
Si ibu terkejut, bergegas mendatangi anaknya dan berkata : "Nak ooo Nak.. kan ibu dah kata.. jangan gunakan kata-kata kotor seperti itu. Sekarang.. engkau kena hukum... berdiri diam di dapur selama 2 jam!"
Dua jam kemudian hukuman pun berakhir. Si anak terus saja meneruskan permainannya. Si Ibu di dapur kembali mendengar anaknya berkata-kata dalam permainannya itu...
"Para Penumpang.. Encik2 dan Puan2 yg dihormati. Sebentar lagi pesawat kami akan terbang. Silakan naik dan duduk ditempat masing2... selamat menikmati penerbangan kepada Encik2 dan Puan2 yang terhormat"
Ibu yg di dapur tersenyum puas.. tetapi kemudian didengarnya lagi anaknya meneruskan ucapannya,"Bagi yg ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat DUA JAM... Sila protes kepada 'WANITA JAHANAM' yg kini berada di dapur!"